Saturday, 12 June 2010

apa yang dia cakap tu??

Salam Satu Malaysia.....
sekarang ni tgh panas topik mengenai...... apa ek??......

*druuuuuuuu*(drum rolling)

^

^

^

^

^

^

^

ya!!
FIFA WORLD CUP......
logo piala dunia FIFA Afrika Selatan 2010

ada kawan2 anda yg pergi Afrika Selatan tak?? ada???
jadi, bila dia dah balik tu.. mesti dia akan belajar perkataan2 baru betul tak?....
tak da kawan yg pergi Afrika Selatan pun kadang2 anda rasa pelik.. apa yg dia cakap tu.. ataupun semasa permainan berlangsung, pengulas tu cakap apa, kita tak faham....

ha.... itulah sebabnya kita perlu belajar bbrapa perkataan yg sering digunakan ketika berlangsungnya PIALA DUNIA FIFA....

#1 Zakumi
maskot- ZAKUMI

mesti pernah dengar kan?.. atau anda ada baca kat s/khabar...
Zakumi merupakan maskot utk FIFA 2010... "za" adalah kod negara Afrika Selatan, "kumi" pula bermaksud 10 dlm kebanyakan dialek Afrika Selatan...
semua tahu singa adalah raja hutan, tapi harimau bintang lebih senang menyesuaikan dirinya hampir dlm apa2 keadaan alam sekitar..
Zakumi melambangkan muda, sinar, tenaga, dan yakin.. oleh itu, Zakumi diharapkan dpt menginspirasikan anak2 muda di benua Afrika.

#2 Bafana Bafana

pasukan Afrika Selatan a.k.a Bafana Bafana

mesti pernah dengar kan??
menurut sumber dari internet, Bafana Bafana merujuk kepada pasukan bolasepak Afrika Selatan yg beraksi buat pertama kali dgn pasukan dari Mexico (11 jun 2010) dan maksudnya ialah Lelaki itu lebih tepat lagi dlm bahasa inggeris ialah "THE BOYS".

#3 Vuvuzela
apa tu....

seronoknya mereka meniup... bersemangat menyokong pasukan negara masing2

kalau tengok gambar kat atas mesti tahu... inilah alat diberi nama vuvuzela yg menimbulkan atau lebih tepat lagi menyemarakan suasana di stadium di Afrika Selatan... sangat popular dan mengeluarkan bunyi yg kuat dan kadang2 memekikkan. kalau pergi Afrika Selatan mesti dapatkan vuvuzela ni sbg cenderahati/ole-ole.

#4 Makarapa
hensem kan?

ini ialah barang yg kedua paling popular... namanya makarapa... kalau anda teliti betul2 pada makarapa ni apa yg anda lihat??.... bg anda bberapa minit.... tik tok tik tok.....

<
>
<
>
<
>
<
>

ianya sebenarnya diperbuat drpd topi keras pelombong atau topi keras kontraktor...
sangat kreatif kan?...
topi tersebut ditukarkan kpd makarapa dgn hiasan yg gila2 dan ditambah dgn cermin mata gergasi utk impak yg maksima.... makarapa boleh dibeli dalam keadaan siap dibuat..
asal-usul makarapa ialah drpd seorg yg bernama Alfred "Magistrate" Baloyi, yg mencipta makarapa yg pertama pd tahun 1970 utk perlindungan penonton drpd botol yg berterbangan.

#5 Tarian Diski

gerak tari Tarian Diksi

tarian sangat popular dlm kalangan penduduk Afrika Selatan.. tarian ini direka oleh South Africa Tourism khas utk Piala Dunia.. tujuannya, utk menyatukan negara utk acara dunia...

nak lihat tariannya?? klik di sini pasti tidak akan mengecewakan =).

#6 Jabulani

bola khas direka utk FIFA Afrika Selatan

Jabulani ialah nama Rasmi Bola utk FIFA 2010..
direka utk pengendalian yg lebih baik dan daya apungan yg lancar...
mempunyai hanya 8 panel.. bola ini dikatakan lebih bersifat responsiv dan pemain yg handal boleh beraksi dgn lebih bergaya...

dan akhir sekali.....

=

+

=

+

=

+

=

+

=

+
#7 Laaadduuuuuuummaaaaaaaaaa!!!

jeritan perkataan ini hanya didengar jika bola menghentam gol...
maksudnya "it thunders" dlm bahasa inggeris.. gantian perkataan Goooaaaaaaaaalllllll!!!

jadi apa tunggu lagi???
jom sama2 tengok WORLD CUP!!
XD

4 comments:

SheyPull said...

eh kamoo bukak kelas kew..hehehhe

Shannice said...

hehe.. saja teringin nak kongsi info yg ada... =)

sugar2 kapas strawberry said...

hihi..akk ngah blaja bahasa german ;)

Shannice said...

oo.. jadi kalau dah pandai bolehlah ajar... hehe :)