saya ingin menyambung cerita semalam... bagaimana nak kurus sambil makan... mari baca...

Emma Watson (gambar sekadar hiasan) =)
#4 LADA BENGGALA

"bell peppers" a.k.a lada benggala sangat tinggi dalam antioksidan dan vitamin A, B, C... lada benggala bukan saja sedap malah rendah dalam kalori.. lada benggala juga tinggi dalam serat.. mengikut kajian, jika anda makan lada ianya dapat meningkat haba dalam badan dan penggunaan oksigen selama 20 minit selepas makan.... MAKSUDNYA??.. badan kita bekerja lebih kuat untuk membakar kalori!!..
semasa membeli lada, pilih yg bersinar tanpa ada rekahan atau tompok lembut... yg paling warna merah... apabila menyimpannya, pastikan disimpan di dalam plastik bag dalam petisejuk bhgian sayuran...,, dan jgn simpan lebih dari 4 hari... nanti dah tak elok, siapa nak makan kan??... hehe
#5 DAGING DADA AYAM

siapa suka makan ayam??.... mesti suka pilih kepak atau bahagian peha, betul tak?... tapi ada bahagian yg paling bagus iaitu dada ayam..
sesiapa yg betul2 nak kurus dan nak turunkan berat badan baca ini.. pastikan anda: makan hanya dada ayam pada setiap sajian... sebenarnya, dada ayam mengandungi "coenzyme Q10" yg membantu dalam pembaharuan kulit baru (selamat tinggal kulit kusam!).. dada ayam juga tinggi dalam protein dan kurang lemak..
cara paling bagus untuk masak dada ayam ialah panggang... pastikan kulit dibuang!... kalau goreng dada ayam ni akan menambah kandungan lemak... nak enak?? tambah sayur/salad... sesiapa yg pandai masak, hasilnya pasti sedapp.. =d..
#6 TAUFU

untuk pengetahuan anda, taufu mengandungi amino asid dan "isoflavone" yg bagus utk pemulihan otot selepas bersenam.. taufu juga kaya dgn protein dan mengambil masa untuk dihadam... ini boleh mengelakkan kita menjadi lapar terlalu cepat...
cuba gantikan daging dgn hidangan taufu utk beberapa malam dan lihat perbezaanya...
elakkan menggoreng taufu kerana ini akan menambah lemak.... (sedapnya pic kat atas tu....hihihi)